Assalamualaikum.
Antara Saya dan Dia.Bila kami bersua muka,pasti ada perasaan yang berbeza.Perasaan yang orang lain pun tak boleh memahami.Dia suka membuli dan aku suka buli balik.Apa ingat aku nak hadap je dia buli aku? Silap orang la.Bila keluar bersama pasti ada yang bertanya, "Eh,awek baru ke?" Kenapa mesti "awek".Kenapa tak tanya, "Eh,wife kau ke?". =.="
Aku menyayangi lebih dari kazen-kazen yang lain.Ye,dia kazen saya.Whattttttttt ! Kapel dengan kazen sendiri? Tenang.Tenang semua.Bawa banyak mengucap.Kami memang saling sayang menyayangi.Kami memang mempunyai perasaan yang sukar ditafsirkan tapi tak bermakna kami couple ye.Kami ADIK BERADIK SUSUAN.Heeeee..
Disebabkan aku dilahirkan bulan March dan Dia bulan August.Maka diistiharkan aku akak ! Yeayyy.Tapi..Tapi..bila jumpa aku yang kena cium tangan dia.Apakah ! Setelah hampir beberapa bulan tak jumpa,minggu lepas kami bersua muka.Makcik aku cakap,
"Yana..tolong la nasihatkan dia.Jangan suka lepak sana sini.Nasihat makcik mana dia nak dengar.Kamu sorang je dia dengar kata."
Budak ni suka buat mak dia risau la.Isssssshhh *Tarik Telinga.Then bila aku tanya,
Aku : Sejak bila kau smoking ni?
Dia : Sejak kau dah tak tahu reply mesej aku.
Aku : Errrr..okey,aku salah. >___<
Aku sayang dia lebih dari seorang kazen.Aku sayang dia macam adik-beradik.Serius.Kazen-kazen lain selalu tanya asal aku tak jaga batas dan aurat kalau dengan dia.Hey kamu.saya akak dia la.Heeeee...
Maksud saudara susuan ialah anak angkat yang di ambil oleh sesebuah keluarga untuk memeliharanya dan ibu angkatnya memberikan susu badannya kepada anak tersebut sebanyak lima kali susuan, maka ini dinamakan anak susuan.
Batas pergaulan anak susuan (anak angkat susuan) dengan saudara susuannya (anak-anak dari darah daging ibu susuan) sama sepertimana adik beradik kandungan atau saudara sama mahramnya. Auratnya antara anak perempuan dengan anak lelaki ialah antara pusat dengan lutut. Tetapi ada pendapat lain yang menyatakan aurat anak perempuan seluruh badannya kecuali kepala, muka dan tangannya sahaja. Pendapat saya berdasarkan keadaan semasa yang banyak berlaku kes-kes sumbang mahram dikalangan adik beradik, bapa dengan anak, atuk dengan cucu dan sebagainya, maka lebih eloklah anak perempuan tersebut tutup keseluruh tubuh badannya kecuali kepala, muka dan tangannya sahaja supaya dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
P/s : Anak susuan tidak boleh meminang atau mengahwini ibu susuannya dan saudara susuannya.
Daaaa...Adiosss n Salam.
Liana Norazmi. 




No comments:
Post a Comment