Bila dikenang kembali.


Assalamualaikum.

  Dalam kehidupan seharian banyak benda yang selalu kita buat samaada sedar mahupun tidak.Sengaja ataupun tidak disengajakan.Setiap yang pahit itu ada manisnya.Kenangan yang terpahat itu bila direnung-renung kembali,pasti akan ada senyuman yang terukir.Trust Me ! Even kecik-kecik dulu selalu kena rotan dengan Mak Ayah..cakap je apa yang tak merasa.Tali pinggang sedap..hanger mantop..rotan perghhhh.Lazat sungguh.

  Then dah kena sebat kaw-kaw atas kenakalan diri sendiri,mesti nangis teresak-esak kan? Tahu manisnya kat mana bila kena sebat kaw-kaw? Time kita dah tertidur,mesti mak atau ayah akan datang sapukan ubat.diusap-usapnya kepala kita.Ya Allah,betapa bertuahnya kita memiliki insan yang tiada tolak bandingnya.Bersyukurlah wahai anak.Bersyukurlah.




  Haa..ni yang selalu terjadi dekat aku.Tengah kusyuk,setting tempat study baik punya.Alih-alih terasa macam banyak pulak yang nak tanya member.Aiiisehh.Time macam ni la nak tanya dok.Nak menapak ke bilik member,malas menguasai diri.Jauh la.Penat naik turun tangga.Jalan paling cepat dan mudah Facebook la jawabnya.Sekali anda dah ter"LOG IN"..badan binasa waa cakap luuuuuuu.Buku dijarakkan ke tepi sikit,laptop dekatkan.Test jauh melayang resultnya.Itulah aku. =______=".Habis mana manisnya Jaaahhhhhh Oiiiii ?




  Ditegaskan aku seorang pencinta kucing.Ye.sangat.Dalam-dalam mencintai tu,macam ni la perangainya.Entah apa dosa kucing tu dengan aku,aku pun tak tahu.

Kucing berkata ;
Ya Allah apa dosaku ini? Hamba tak bersalah Ya Allah.Kenapa aku diperlakukan sedemikian rupa.



   Ini wajib.Wajib main bila ketua kelas or member-member cakap, "Weyh,cikgu tak masuk kelas hari ni.Cikgu ada mesyuarat.(Dulu tak pandai sebut meeting lagi).Cikgu suruh buat keje sendiri.Haaa,ni la keje sendiri aku.koyak helaian tengah buku petak besar tuh.Lipat-lipat tulis.Member-member pun sama bengap.Nak jugak main sekali.



  Ini  favourite.Bosan-bosan.Bila kipas dekat je untuk dicapai.Apa lagi.bantai habis.Konon-konon macam dalam video klip artis-artis terkemuka la dengan rambut terbang-terbang ditiup angin.Suara ala-ala gema gitu.Perhhhh memang rasa nak buat album la.

Kadangkala Allah hilangkan sekejap Matahari.Kemudian DIA datangkan pula Guruh dan Kilat.Puas kita menangis dimana Matahari.Rupanya Allah nak menghadiahkan kita Pelangi.

Daaaa...Adiosss n Salam.
Liana Norazmi. making-sweetness

No comments:

Post a Comment