Olaaaaa everybodeh ! Eh Assalamualaikum.Aku nak habak mai,aku admire gila owner page Mohon Clash.Dari gaya tweet dia tuh,mak aiiii macam bangang gila perangai.Bangang-bangang,Fab Process Engineer at Intel (M) Penang tuuuu bak hang.Tapi apa yang dia tweet ada betulnya.banyak makna tersirat dan tersurat.Dari tweet tweet syed atan ni,ak syak dia jenis yang nak tweet melucah aje.sekali aku follow twitter personal dia..Pergh ! I admire you la,Syed Attan.Dia sangat memberi Inspirasi.Brilliant guy ! Dia bukan yang jenis sembang or tweet kosong.Banyak ilmu yang dia ada.Tak caya,nanti korang judge la sendiri.Oleh dek terlalu admire dengan Syed Attan ni,aku sanggup haa baca tweet dia satu-satu sampai bawah.Bawah je bukan sampai habis.Tapi ada 2,3 tweet yang aku rasa interesting.Ok,aku kongsi.
Kita semua ada geng team rokok ketika belajar di universiti dulu. Hidup lagi ke entah diorg ni.Ingat lagi,dulu upsr dpt 5A mak bapak aku cuma hadiahkanku sepapan rehal.. katanya "ini saja yang abah mampu..angah teruskan belajar yea.." Sampai sekarang aku masih simpan rehal tu..tanda harga pun masih tak hilang. Tak sampai RM160k pun macam mini cooper..cuma RM6.80..itulah semangat aku mencari ilmu.Aku terlalu sayangkan rehal tu sampai aku bawak ke mrsm..kawan-kawan anak org kaya selalu dok tanya,"ko rehal tu mmg nk bwk g kelas ke?"..sambil ketawa sini..Pernah sekali tu cikgu warden geledah locker aku sebab aku difitnah mencuri pendrive..dia nmpak rehal tu dan dia ckp "ko ni tak khatam quran lagi ke?".Aku ckp "tu hadiah dr ayah sy cikgu". Dia cuma senyum sinis. "eloklah tu,bapak kau suruh mengaji muqadam kau sini mencuri" aku cuma tunduk diam.."dah,mana pndrive shah tu,kau sorok dalam rehal tu ke? Kehkeh". Ak mula rasa sedih.nak hina aku jangan sampai kaitkan dengan hadiah pemberian ayah aku.Aku cuma diam. Aku tak tahu nak cakap macam mana dah.Bukan aku yang curi..cikgu warden dah mula berang..lalu.."panggg!!" Rehal kesayanganku dia terus hempaskan.Aku perlahan-lahan tunduk mengutip rehal pemberian ayahku yg dah berkecai dua..aku dapat perasan titis-titis air mataku menitik ke atas lantai..Aku kutip, cuba pasangkan balik..tapi tak boleh..cuba pasang lagi..cikgu terus sambar rehalku dan campak atas katil.."saya cakap mana pndrive shah!!"
"Saya tak ambil cikgu.." tiba-tiba aku dengar suara dari muka pintu "dia ambil cikgu" shah tiba-tiba muncul..meyakinkan lagi cikgu amin.. "tak..saya tak ambil.."ikut saya ke bilik disiplin" kata cikgu amin. Aku yang sedang pilu cuba cantumkan balik rehal yg dipecahkan.Cikgu ditarik shah supaya segera ikut cikgu amin."kau tak mati pun tak pegang rehal tu.cepat ikut saya!!"-berang lagi cikgu. Aku tak sempat nak simpan rehal tu..cikgu ambil dan campakkan balik atas katil..Ak terus teresak-esak berjalan pergi ke bilik disiplin..bukan sebab takut..tapi sedih mengenangkan hadiah pemberian ayah diperlakukan sehina itu..
"syed!!" Panggil cikgu rustam,ketua guru disiplin. "baik kamu mengaku sekarang,kamu ambil? Katanya sambil menghentak-hentak rotan buluh di atas meja. "tak cikgu" "pang!! "saya ada bukti yang kamu ambil,tak nak mengaku lagi?" Kata dia begitu yakin. "saya tak ambil..saya nak cakap macam mana lagi cikgu.."
"cikgu2!!" Datang shah meluru.Datang shah membawa sesuatu. "ini dia cikgu". Ya Allah itu beg aku..kenapa dia bawak kemari.."saya dan ajim dah jumpa, dalam beg syed cikgu" Astagfirullah..Dah kenapa sampai macam tu sekali aku difitnah.tak pernah aku masukkan barang orang dalam beg aku,pinjam pendrive dia pun tak pernah..then aku nampak shah kuarkan rehal.Dari dalam beg tu..eh dia kutip kenapa..nak buat apa pulak tu..cukup-cukuplah.."ni bukti dia.ajim nampak syed simpan pendrive ni sekali dgn rehal dia dalam beg ni."tapi,tadi kan rehal tu memang dalam loker saya cikgu". "dah2". Celah cikgu amin. Nampak mereka bersekongkol..tak tahu apa niat dorg buat aku mcm tu..
"dah sy akn kluarkn surat gntung prsekolahan,esok kmu boleh balik kg" "jgn lupa bwk blik rehal kmu tu sekali" celah cgu amin lg.Ak xtau nk ckp apa lg..mgkin kesedihan yg amat sangat trkenangkn rehal abah..smpai ikutkn saja kputusan ckgu..prlahan2 ak msukkan blik rehal.dlm beg..dh pecah...abah mungkin tanya nnt kenapa jd mcm ni..dia xkan marah...abh xpernah fkirkan anak2 dia buat jahat..Ak tgh siap2 mandi nk blik penang masa tu..trdengar dr dlm blik air "pang pangg pang!! nasik lemak nasik lemak!!" Dsmbung gelak ketawa..
Msa ak kuar bilik air, alangkah berderaunya darah ak masa tu tgk shah tgh ketuk2 sbelah rehak ak yg patah ke dinding, buat kecoh dlm blok..Apa lagi..ak rampas rehal tu dan libas belakang badan dia..xsangka smpai mcm tu ak buat dgn hadiah dr abah.. meraung dia,tp dia dpt rmpas.Dia xpkul aku balik, tp dia baling sbelah rehal tu kebawah..mgkin xbpe sakit kot aku pkul, cuma dia puas hati lg tgk rehal ak patah brkecai.Ak terus lari ke bwh..dga sayup2 rmai yg ketawakn aku dr blkg..rehal abah..jgn patah lagi..aku dh xsggup dh nk tgk.."haa..kau makanlah rehal buruk kau tu!!" Suara shah dr atas. Prlahan2 aku kutip sbb dh patah tiga..balik nnt nk kena cari gam gajah..
Taknak nnt abah nmpak sgt jd mcm ni..smbil ak kutip smbil mnitis air mata teringatkn kata abah mse bg dlu "angah nnt terus cari ilmu yea.." Ak yg masih bertuala prlahan2 ak lap rehal abah yg masih basah trkena lantai tandas..blik ni nk kena basuh..lg sedih ak tgk tnda harga dia..Ak genggam erat rehal abah..terus prgi bilik utiliti cri public phone nk call abah..bgtau ak kena balik digantung sekolah..xnk ak dh tggal.rehal ni dlm bilik..rsau mkin teruk lg dorg buat nnt..ak dlm bilik utiliti nmpak byk phone tgh cas..owner pn ada sekali smbil pndg smcm je..
Ak nmpak dorg terus cbut charger n blah dr bilik..ntahla,tkut ak curik kot..takpelah...ak letak rehal ats public phone..cuba call abh pkai.reverse call..mak angkat.."npe syed, mak tgh dodoi adik dlm buaian ni..asyik naangis aje dia hari ni" kata2 mak btul2 mnjadi pngubat sedih."Mak..bleh pggil abh jp?" "abh tdur angah,sakit kepala..,npe angah,duit abh bg hri tu ade lg?" Sayu ak nk bgtau cerita.."xde ape mak,saja nk bgtau esok sekolah angah cuti..ada kes dmam denggi" mnusuk pedih hati ak trpaksa tipu mak tkut dia kecewa..
"laa.angah baik2 je kan?" "mak jgn rsau..sbb tu angah pn nk balik" tiba2 ak dga suara abah "angah ke tu?" Then mak trus pass kt abah.."angah sihat? Adik bgtau td dia kemas bilik xjumpa rehal angah tu, angah bawak sana ke? Sayunya hanya tuhan yg tahu bila abah tnya mcm tu.."Ha ah angah bwk.." "laa heheh ingat mana pegi la td. Angah belajar elok2, pkailah rehal tu sambung khatam byk mana yg mampu.."
Itulah antara liku2 kehidupan gua sbg manusia biasa,xbrkemampuan, dan sering dipandang hina..Ingatlh bukan hadiah kereta mewah yg mnjadi pndorong semangat kita utk brjaya, tetapi azam dr hati kita sndiri..Aku coretkn segala kisah duka lara ini atas rehal pmberian abah, inilah satu2 pemberian dia mnunjukkan ilmu itu adalah pnentu darjat sseorg.
Tidakkah anda punyai perasaan snggup otp sejam brsama bf,walhal xpernah sekali pn dgn ayah tercinta?Brcakaplh dgn dia slagi dia mmpu trsnyum.Kpd yg masih trtanya2 sama ada kisah benar atau fantasi..biarlah ia mnjadi rahsia. Bak kata kak siti.
Rehal abah. "Ini saja yg abh mampu..angah teruskn cari ilmu yea.." (In reply from Rehal dari Abah).
Haaa..apa macam? ada tersentak tak? Sampai macam tu orang lain sanggup dicaci maki demi menuntut ilmu.Kita sekarang,banyak assignment sikit dah merungut-rungut.Caci maki lecturer.Siapa-siapa yang rasa nak mengenali Syed Attan ni.
Klik sini,
Daaaa...Adiosss n Salam.
Liana Norazmi.


No comments:
Post a Comment