Santai : "Ketika Memikat Hati Wanita."

 
Assalamualaikum.
 
  
  Maaf,post ini tidak ada kaitan langsung antara kisah cinta Shila Amzah dan Sha'naz Ahmad yang "bikin panas" itu.Itulah susahnya,belum ada ikatan yang sah..dicanang kisah cinta segenap alam.Okeh,lupakan kisah cinta mereka.Mana jejaka-jejaka handsome yang masih bujang plus single plus available.Meh sini,nak habak mai..
 
 
Jika ketampanan wajah yang dijadikan senjata kaum adam untuk memikat hati kaum hawa,
  • Maka jangan menyesal jika suatu saat dia akan berpaling kepada yang lebih tampan.

Jika kekayaan harta yang dijadikan senjata kaum adam untuk memikat hati kaum hawa,
  • Maka jangan menyesal jika suatu saat dia akan berpaling kepada yang lebih kaya.

Jika kedudukan,pangkat dan darjat yang dijadikan senjata kaum adam untuk memikat hati kaum hawa,
  • Maka jangan menyesal jika suatu saat dia akan berpaling kepada yang lebih tinggi pangkat dan darjatnya.

Dan jika rayuan-rayuan manis yang dijadikan senjata kaum hawa untuk memikat hati kaum adam,
  • Maka jangan menyesal jika suatu saat dia akan berpaling kepada yang lebih pintar merayunya.


Adalah jauh lebih baik,
  • Jika hati wanita dipikat dengan sifat ketaqwaan dalam beragama.

Adalah jauh lebih baik,
  • Jika hati wanita dipikat dengan kesopanan dalam bertutur kata.

Adalah jauh lebih baik,
  • Jika hati wanita dipikat dengan keramahan budi pekerti dalam kesehariannya.

Adalah jauh lebih baik,
  • Jika hati wanita dipikat dengan kemulian akhlak dalam pergaulan.

Dan jika hal itu yang dijadikan senjata oleh kaum adam,

  • Maka setiap wanita akan lebih memegang dan menjaga nilai sebuah kesetiaan.

  • Maka setiap wanita akan sentiasa berusaha untuk selalu patuh dan taat pada imamnya.

  • Maka setiap wanita akan merasa telah dimuliakan oleh kaum Adam.
 
Dan itulah sebenarnya keinginan dan harapan kaum Hawa.Iaitu,
 
  • Didampingi seorang lelaki yang akan mampu menasihati.
  • Didampingi seorang lelaki yang akan mampu membimbing.
  • Didampingi seorang lelaki yang akan mampu mendidik.
  • Didampingi seorang lelaki yang akan mampu membawa kaum wanita menuju ke jalan Allah S.W.T



P/s : Sesungguhnya tidak mampu dibayangkan dengan kata-kata betapa bahagianya kaum Hawa jika kaum Adam benar-benar memperlakukan mereka seperti itu. ツ

Daaaa...Adiosss n Salam.
Liana Norazmi. making-sweetness

1 comment: