Assalamualaikum.
Hari tuh yana dengar budak-budak ump pekan kecoh pasal my previous entry..Korang nie memang tau..tak boleh simpan rahsia.So,kepada yang dah tahu keadaan Jolie..please..Yana mohon doakan laa kesihatan dia ye kawan-kawan.Dah tak nak sedih-sedih lagi.Kita proceed to next topic.Dengar cerita,Kementerian Pelajaran nak mansuhkan bahasa melayu?? Betulkah? Benarkah? Logikkah?
Haaa..ada jugak blog yang masuk buletin utama nih.Tajuk nak bikin sensasi je kan? Yang sebenarnya..(nyanyi ala-ala Yuna).Eh sejak kenal dengan budak yang ada 23 ekor rabbit tuh,asyik nak nyanyi je kejanya.Okeh,yang sebenarnya Kementerian Pelajaran tak ada pun keluarkan fakta mengenai isu ini.Ini hanya rekaan semata-mata.
Tahu pun emosi bila yana cakap Bahasa Melayu nak dimansuhkan..Mula laa itu "Bahasa Ibunda" kami..Itu "Bahasa Kebangsaan" kami laa..Sila hormati Bahasa Melayu bagai.Mula nak maki hamun kan?..Wait for a second,kalau korang hormat Bahasa Ibunda,kenapa semakin berleluasa perkataan-perkataan yang berbunyi begini ;
Kita = titewSaya = SaiaSuka = cukewSayang = cayangPerut = pewruttLagi = lgiySakit = cakitHati = atiBenci = mencikkComel = chumilTak = taSiap = ciap
Ini sebahagian daripada contoh yang ada.Banyak lagi sebenarnya.Kesian cikgu BM sekarang nih,bukan main penat lagi ajar Bahasa Melayu dekat student-student.Dengan penuh harapan pandai la student-student aku Bahasa Melayu nih tapi apakah?? Yana pun pelik,apa motif guna perkataan sebegitu rupa? Nak kata jimatkan huruf,makin bertambah je bilangan hurufnya. =.=" Lebih baik Bahasa Melayu dimansuhkan je kalau masing-masing nak keluarkan perkataan-perkataan sendiri.Kejap ! Kejap ! Yana ada idea baik punya..Macam nih,kalau awak semua rasa memang dah berkenan sangat dengan perkataan-perkataan baru macam tu,hantar la resume dekat Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.Mana tahu diluluskan dan dimasukkan dalam KAMUS DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA cetakan IVV. =D
P/s :: Yana pun ada jugak guna tapi tak la sampai "kitewww nanak tawan awak,mencik...mencik..." =.="
Daaaa...adIOossss n Salam.
Liana Norazmi.





btol2!
ReplyDeletebetulkan.hehe
ReplyDelete