Assalamualaikum.
Direct kepada title ye. =D *symptom2 malas nak typing dah datang laaa tuh!
Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu.Mereka adalah:
1. Ayahnya
Apabila
seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya
di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar
solat,mengaji dan sebagainya malah dia membiarkan anak-anak perempuannya
tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan
dunia saja.Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
P/s :
Duhai lelaki yang bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak
perempuanmu sekarang? Adakah kau mengajarnya bersolat. menutup aurat?.. memberi
pengetahuan agama secukupnya?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah
untuk menjadi bahan bakar neraka jahannam.
2. Suaminya
Apabila
sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di
pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum
lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang
yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, maka dia akan turut
ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.
P/s : Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri
tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau
menjaganya mengikut ketetapan syari’at, maka terimalah hakikat yang kau
akan sehidup semati bersamanya di ‘taman’ neraka sana.
3. Abang-abangnya
Apabila
ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu
abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan
keluarganya saja dan adiknya dibiarkan melencong dari ajaran Islam,
tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
P/s : Duhai
lelaki yang mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu, dan
jangan ingat kau terlepas… kau juga akan dipertanggungjawabkan di
akhirat kelak…jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat… dan
tidak menutup aurat.
4. Anak-anak lelakinya
Apabila
seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram
di sisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah,
mengata-ngatai dan sebagainya…maka anak itu akan disoal dan
dipertanggungjawabkan di akhirat kelak…. dan nantikan tarikan ibunya ke
neraka.
P/s : Duhai anak2 lelaki..sayangilah ibumu..nasihatilah
dia jika tersalah atau terlupa..kerana ibu juga insan biasa..sekali
lepas dari melakukan dosa..selamatkanlah dia dari menjadi ‘kayu api’
neraka.Jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.Tapi untuk menegur rendahkan laa suara.Hormati dia sebagai Ibu ye. =D
Daaa..AdiOsss n Salam.
P/s :: khusus pada diri ini,Lihatlah..betapa hebatnya tarikan wanita bukan saja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat.Maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak,kamu harus memainkan peranan sebaik mungkin.Firman Allah S.W.T ;“Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu.”
Liana Norazmi.


salam.... nice entry... dah follow dah blog ni... follow back ye kongsi ilmu.... :)
ReplyDelete