1001 ALASAN..

Assalamualaikum Kawan2..

Second Update lintas langsung dari perkarangan Universiti Malaysia Pahang(kampus Pekan.Hehe..Orang lain sebOk balik rumah,aku stay je la kat sini..tak mampu nak balik..Maklum larh,jauh beribu ribu batu..Beribu la sangat!Ayat je lebih..huh*
Biasanya first2 student yg baru mendaftarkan diri d Universiti Masing2,
Update blog letak gambar dOrang yang cun melecun uh..gambar time Orentasi..
Gambar tengah makan kat cafe..Gambar Lembu n Kerbau..Aikkk?Kenapa Lembu n Kerbau lak yang kuar?(Kat kampus aku nih,golongan uh laa yang paling fames..Aku promote laa dOrang kejap).Ok,berbalik kepada tOpik.Aku xada gambar untuk dkongsikan dengan korang..*Sorry*
Tapi aku hanya mampu share sedikit pendapat untuk djadikan sebagai renung2ngan..
Ok dear?.Jom teruskan pengembaraan!

ALASAN BIASA YANG KITA DENGAR BILA ADA YANG MENEGUR INSAN2 YANG TIDAK MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA..

 1. Semua yang tutup aurat,comfirm masuk syurga ke?
Yang pasti,tak tutup aurat,comfirm masuk neraka kawan2.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat!!.Buat dosa jugak.Mengumpat orang.
Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu."Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan," pakai tudung tak mestinya baik..buat itu..buat ini.."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku.Kau dulu lagi jahat dari aku,pegi mampus laa.
Tidak ada larangan dari Nabi Muhammad s.a.w untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya,dakwah itu satu tuntutan. Selagi Kau Islam, dakwah tu wajib walaupun diri kau sendiri pun tak betul.Sekurang-kurangnya dia ada sedikit keinsafan dan ingin betaubat.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa. 
Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam mana pun!.Kami tak susahkan hidup orang lain.
Betul kau tak susahkan orang lain?Kau sebenarnya dah susahkan bapa,ibu,abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
Berani cakap di dunia,berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti?ALLAH itu Maha Adil Kawan2,DIA juga telah menjanjikan NERAKA buat hamba2Nya yang melanggar perintah dan suruhanNya.Jadi macam mana?

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat,cuma masih belum sampai seru.
Mati tidak mengenal usia.Tak takut ke mati dalam usia muda?Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.Kopi secawan..huhu..

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.

Haaaaa...tu dia serba sedikit alasan yang biasa aku dengar kalau cerita pasal aurat nih.
Maaf laa,Tajuk Entry 1001 Alasan..tapi 13 je yang tersenarai.
Mahu Aku Mereput depan laptOp nih nak senaraikan sampai 1001..
13 nih pown ramai dah menyampah nak baca.Inikan pulak 1001 kan?
Bukan apa..aku kalau bOleh tak nak tengok kawan2 sejantina dengan aku
nih seksa di padang Mahsyar Kelak.
Dengan Rendah diri,Aku mohon maaf kalau ada yang terasa dengan Entry aku yang kali nih.Aku pun bukan la baik sangat macam Ahli Ulamak,Ahli2 surau semua.Tapi nie sebahagian tanggungjawab aku sebagai yang memegang status "SAYA BERAGAMA ISLAM,DAN ISLAM ADALAH AGAMAKU.."

Daaaaaaaa..AdiOsssssssss n Salam..

p/s::jOm g makan tengah hari.sape2 nak aku blanja,sila komen kat komen box.tq.. :p 

2 comments:

  1. rasa lucu mendengar kata - kata orang macam nie..terlalu daif pasal agama...ndak apa...kita dah tegur...yang selebihnya pada mereka

    ReplyDelete
  2. Kancil 8349...yup,kita hanya mampu menegur utk ke arah kbaikan brsama.Nak berubah atau tak..trpulang pada individu tu. :)

    ReplyDelete