ChayOuk!chayOuk!

Assalamualaikum Kawan2..

Whoaaaa ak berdebar2..Maklumlah kekasih gelap ak bakal beraksi..
opssss...sapekah??Mesti laaa Lee Chong Wei..
Aku nie sbenarnye giler badmintOn sgt2..Setiap perlawanan xkan penah ketinggalan..
Tp time kat matrix ak slalu xdapat tgk sbb ade clazz..lepas clazz uh ape ag..
ak laa org pertama bertenggek kat dpn tv..naik jenuh pakcik cafe tgk ak..
suka ati larh..Untung cafe dia gak..kejap2 ak bli air..kejap2 bli aiskrim..

http://www.emocutez.com

Penah skali beb..Pasangn beregu kalah,gua leleh beb..melalak cam ape ntah..
padahal bukan ak yg main..lau ak main xthu ah nak cakap pe..
Seee..ak da melalut..nak cite sal Lee Chong Wei..alih2 sal ak lak kn?
cam org nak thu sgt..huh!Yelah2,nak cite ah nie..tp tuh intrO je..
gelojoh ah kOrang nih..xsabar2..Sbelum tuh ambek nih..
tatap gambar kekasih gelap ak nih puas2!


TERUS MARA...Chong Wei melambai kepada penyokong Malaysia selepas mengalahkan Cordon, semalam. 
Petikan dri Harian Metro...


DATUK Lee Chong Wei menganggap Chen Jin kemungkinan besar ditemuinya di separuh akhir hari ini sebagai lawan sukar yang boleh ditumbangkan.

Selepas cemerlang menumbangkan Kevin Cordon dari Guatemala 21-7, 21-13, pemain utama negara itu kini menunggu keputusan perlawanan antara pemain China itu dengan Hans-Kristian Vittinghus dari Denmark lewat malam ini.

Berdasarkan prestasi pemain nombor satu dunia itu setakat ini dan persembahan kurang meyakinkan Chen Jin, Chong Wei dijangka tidak menghadapi masalah untuk mara ke perlawanan akhir pertamanya, esok.
“Saya sudah melihat permainannya di Wembley Arena ini dan tahu apa yang perlu dilakukan.
“Walaupun saya sudah menang banyak kali, saya tetap menganggap dia lawan sukar,” kata Chong Wei.
 “Bagaimanapun, saya menjangkakan jika Chen Jin ke separuh akhir, dia akan turun habis-habisan kerana saya pasti dia akan cuba membuatkan saya penat bagi memudahkan tugas Lin Dan,” katanya.

Chong Wei dijangka bertemu Lin Dan dalam perlawanan akhir edisi ke-19 ini - pertemuan yang dinanti-nantikan kerana membabitkan dua pemain terbaik era ini.

Jurulatih Tey Seu Bock pula beranggapan Chong Wei selaku pembawa cabaran tunggal negara selepas Koo Kien Keat-Tan Boon Heong tersingkir, perlu terus fokus dengan permainannya ketika menentang Chen Jin.
“Setakat ini, dia sentiasa fokus terhadap permainannya dan saya harap dia terus mengambil pendekatan sama. Hanya tinggal dua langkah lagi (untuk bergelar juara) dan Chong Wei perlu kekal fokus,” katanya.
Sementara itu, apa yang diharapkan daripada Chong Wei dalam pertemuan menentang Cordon itu menjadi apabila pemain nombor satu dunia itu tidak menghadapi masalah untuk menang walaupun diberikan tentangan pada set kedua.
“Saya terkejut dengan corak permainannya. Walaupun saya pernah bertemunya di pusingan pertama di Paris tahun lalu, peningkatan persembahannya di kejohanan ini boleh dikatakan mendadak.
“Mungkin dia antara pemain masa depan yang perlu diberikan perhatian,” katanya merujuk kepada Cordon yang setakat ini menjadikan Chen Long sebagai mangsa paling besarnya apabila menewaskan pemain China itu di pusingan pertama.
Kemenangan ke atas Cordon itu juga bermakna Chong Wei sudah melepasi badi suku akhir untuk menyamai pencapaiannya mara ke separuh akhir ketika beraksi buat kali pertama di Anaheim pada 2005.

Sebelum ini, Chong Wei kecundang tiga kali di suku akhir ketika beraksi di Madrid pada 2006, Hyderabad (2009) dan Paris (2010). Di Kuala Lumpur 2007, dia tumpas di pusingan kedua.
p/s::Gud luck Lee Chong Wei..Buktikan yang anda sememangnye gah
di mata dunia..Kami sbagai pminat mndOakn kejayaan anda..n
Slamat berbuka puasa smua! ◕‿◕
 Daaaaaaaa...AdIooosssss n Salam...
 

2 comments: